Wednesday, January 13, 2010

MA'HAD AS-SYATIRIE



Ma'had As-Syatirie merupakan cawangan kepada Rubat Tareem,sebuah pusat pengajian tradisional yang menawarkan pelbagai jenis cabang ilmu seperti tauhid,tasauf,tafsir,hadith dan fiqh.

Rubat Tareem ditubuhkan sejak 1304H,ianya pernah ditutup selama 20 tahun sekitar 80an-90an.Walaubagaimanapun diteruskan pengajian selepas itu hingga hari ini.Telah melalui beberapa fasa kepimpinan bermula dengan Habib Abdurrahman bin Muhammad Al-Masyhur Mufti Diarul Hadramiah,kemudian berpindah kepada Habib Abdullah bin Umar As-Syatirie selama 50 tahun dan kemudian diteruskan perjuangan mempertahankan ilmu ini kepada Habib Abu Bakar bin Abdullah As-Syatirie,kemudian Habib Mahdi bin Abdullah As-Syatirie,kemudian Habib Hasan bin Abdullah As-Syatirie dan kini berada dalam jagaan Habib Salim bin Abdullah As-Syatirie.



Justeru,untuk memudahkan pelajar yang berkeinginan melanjutkan pengajian di Rubat Tareem,maka dengan izin Habib Salim bin Abdullah As-Syatirie,Mudir Rubat Tareem,ditubuhkan Ma'had As-Syatirie di Alor Setar,Kedah di bawah jagaan Ustaz Zulkiflie bin Muhammad Suhaimi sebagai persediaan sebelum ke Rubat Tareem.

Ma'had ini dirasmikan sendiri oleh Habib Salim As-Syatirie pada Febuari 2009 yang lalu dan kini mempunyai 47 orang pelajar.Menyediakan pembelajaran berhalaqah,setiap pelajar yang mendaftarkan diri akan di letakkan di halaqah yang sesuai dengan tahap pengajian dan kemampuan pelajar tersebut.Bermula dengan pengajian umum pada Kuliah Subuh,pengajian diteruskan hingga jam 11.00 malam dengan diselangi waktu solat,rehat,murajaah,rehat dan riadhah.Kebanyakkan kitab yang digunakan adalah kitab yang sering diajar di pondok-pondok Malaysia(jawi dan arab)dan kitab dari Rubat Tareem.



Bagi pelajar terpilih yang akan dihantar ke Rubat Tareem akan mengikuti halaqah khusus untuk perbualan dan pemahaman bahasa arab.Kumpulan pertama yang akan dihantar adalah pada Sya'ban/Julai ini seramai 11 orang(jumlah pelajar yang layak setakat ini).Bagi mereka yang berminat mengikuti pengajian disini boleh mendapat maklumat lebih lanjut dan terperinci dengan menghubungi 013-5336786(ana sendiri)/013-4377786(ustaz zulkifli)atau datang sendiri ke Ma-had As-Syatirie yang beralamat A-146 Kg Sg Dedap,Jalan Yan,Kota Sarang Semut,06800 Alor Setar,Kedah Darul Aman.



Saturday, November 28, 2009

ASSALAMUALAIKUM




Salam perkenalan untuk semua. Semoga jaluran alternatif ini digunakan sebaik mungkin selari dengan kehendak agama. Di saat paradigma dunia yang semakin memesong dan kiblat manusia yang semakin beralih serta akidah umat yang makin parah,tanggungjawab kita jangan terus diabai. Jangan nanti kita yang bernama muslim menjadi hijab kepada islam itu sendiri.



Ramai antara kita yang keliru dalam pegangan akidah dan syariah. Mahu ikut yang ini dikatakan primitif. Yang itu dikatakan ekstrim. Mahu ambil jalan tengah dikatakan wahabi pula. Akhirnya hanyut di dalam gelombang kecamuk pemikiran hati ciptaan yahudi dan nasrani(kristian).



Apakah kita sedar ataupun tidak tentang perkara ini adalah masalah kita. Seringkali kita melihat perbezaan pendapat para ulama' tidak kira dalam bidang apa pun sebagai satu pertelingkahan yang membawa perpecahan dan akhirnya merugikan ummat islam sendiri.

Adakah ianya realiti perkembangan islam muttakhir ini ataupun sekadar lontaran pendapat(jika boleh dikatakan suatu pendapat)ataupun suatu isu yang sengaja ditimbulkan kepada kita atau ditimbulkan dari kalangan kita sendiri?
assalamualaikum